Fara Ismail
KUALA LUMPUR – Buah Sekolah Amanah Malaysia yang disenarai pendek sebagai 10 sekolah teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.
Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang Kuantan Pahang tercalon bagi kategori “Inovasi” dan sembila lagi sekolah adalah termasuk Escola Tecnica Estadual Professor Agamenon Magalhaes, Escuela Emilia Lascar, Eveline High School, ‘ I Love Dyslexia’ EFL School, N-High School, SMDC Primary School Lajpat Nagar III, Shining Star International School, St. Helen School, dan SVKM’s CNM School.
Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa Klang, Selangor tercalon bagi kategori ‘Menangani Cabaran’ di samping sekolah hebat yang lain seperti Amani School for Refugees, Best Intellectuals Model School, Marcus Garvey Technical High School, Pinelands North Primary School, Project Shelter Wakadogo School, Samatarian Mission School, St. Adward’s Primary School, The Evandro Ferreira dos Santos Elementary School, dan West End Primary.
Anugerah ini dilancarkan oleh T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express.
Tiga finalis terbaik akan dipilih untuk setiap lima kategori Anugerah Sekolah Terbaik Dunia iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Inovasi, Menangani Cabaran dan Mneyokong Kehidupan Sihat.
– MF –