BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail

Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata Pertubuhan Pengurusan Krisis Iran pada Ahad lalu.

Nezhad Jahani, Pegawai Kanan pertubuhan tersebut, berkata sekurang-kurangnya 45 orang masih hilang di Tehran dan tiga wilayah lain berikutan banjir baru-baru ini yang merosakkan sekurang-kurangnya 20,000  kediaman.

Lebih 20 wilayah, termasuk wilayah Tehran, telah terjejas akibat banjir yang disebabkan oleh hujan lebat, kata agensi berita separuh rasmi Fars. Beberapa Lapangan Terbang dan lebuh raya utama ditutup dan beribu-ribu orang dipindahkan.

Media Rasmi berkata, Presiden Iran Ebrahim Raisi memberitahu Menteri dan Gabenor Negara tersebut untuk menyediakan langkah yang mampu meminimumkan kerosakan akibat banjir, kerana Pertubuhan Meteorologi Iran memberi amaran hujan akan berterusan di beberapa wilayah.

Iran telah bergelut  dengan banjir lumpur selama dua minggu, termasuk di selatan negara itu. Bulan Sabit Merah berkata, kerosakan di wilayah selatan Fars berpunca daripada banjir dari empangan di Sungai Rodbal berhampiran Bandar Estahban.

Para saintis berkata krisis iklim menjadikan kejadian banjir kilat seperti yang dilihat di Iran minggu ini lebih berkemungkinan kerana walaupun penyejatan yang lebih kuat menyebabkan lebih banyak kemarau, udara yang lebih panas boleh menahan lebih banyak wap air untuk menghasilkan kejadian hujan yang melampau.

Kajian ke atas kesan perubahan iklim ke atas Iran mendapati bahawa tempoh basah dan kering yang melampau semakin kerap, dan terdapat lebih banyak tempoh suhu yang sangat panas dan kekerapan banjir yang lebih tinggi di seluruh negara. Pada 2019, lebih 70 orang maut di Iran kerana banjir berikutan hujan yang dicatatkan.

fara ismail

fara ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *