MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA

Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan Mansur Shah. Muziun ini merupakan sebuah muzium yang menunjukkan pelbagai replika mengenai sejarah Kesultanan Melaka.
Muzium ini direka dengan seni bina yang sangat unik dan membawa anda merasakan bagai berada di zaman dahulu. Disebabkan seni bina itu, membuatkan pengunjung akan bergambar di kawasan muzium tersebut.
Anda semua digalakkan untuk datang sendiri menerokai keunikan muzium ini sambil belajar info dan menambah ilmu pengetahuan mengenai sejarah Melaka.
- HARGA:
- Dewasa (Warganegara)- RM10
- Kanak-Kanak (Warganegara)- RM5
- Dewasa (Pelancong)- RM20
- Kanak-Kanak (Pelancong)- RM10
- WAKTU OPERASI:
- Selasa – Ahad
- 9:00 a.m. – 5:30 p.m.
- ALAMAT:
- Jln Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
- LINK:
MUZIUM SAMUDERA (REPLIKA FLOR DE LA MAR)

Muzium Samudera berhampiran dengan muara Sungai Melaka. Ianya bertujuan untuk menggambarkan peranan negara Malaysia dalam sejarahnya sebagai pusat perdagangan masa lampau melalui Kesultanan Melayu Melaka. Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka & zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur.
Melihat daripada luaran muzium sahaja sudah membuat anda rasa kagum dan terpesona dengan replika yang berupa kapal Portugis. Turut mempamerkan lukisan, peta lama, dan artifak perdagangan dan maritim di Melaka.
Pembayaran tiket ini termasuk Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia, Muzium Samudera Fasa I (Flor De La Mar) & Muzium Samudera Fasa II.
- HARGA:
- Dewasa (Warganegara)- RM10
- Kanak-Kanak (Warganegara)- RM5
- Deawasa (Pelancong)- RM20
- Kanak-Kanak (Pelancong)- RM10
- WAKTU OPERASI:
- 9:00 a.m – 11:30 a.m
- 2:45 p.m – 5:00 p.m
- Selasa – Ahad
- ALAMAT:
- Jln Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka
- LINK:
MUZIUM SEJARAH & ETHNOGRAFI

Muzium Sejarah & Ethnografi terletak di bangunan Stadthuys yang dikenali sebagai Rumah Merah. Ia mempamerkan sejarah awal penubuhan negeri Melaka sehingga zaman penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun sehingga negara mencapai kemerdekaan.
Muzium ini mempunyai banyak bahan pameran yang boleh dilihat seperti peralatan muzik klasik, koleksi barangan porselin, pelbagai bentuk senjata, arca, dan pelbagai lagi. Perkara yang menarik mengenai muzium ini ialah hanya membayar satu nbayaran sahaja untuk tiket masuk, anda dapat memasuki muzium lain seperti Muzium Sejarah, Muzium Ethnografi, Muzium Pendidikan, Muzium Sastera, Muzium TYT Negeri Melaka dan Galeri Laksamana Cheng Ho.
- HARGA:
- Dewasa (Warganeara)- RM10
- Kanak-Kanak (Warganegara)- RM5
- Dewasa (Pelancong)- RM20
- Kanak-Kanak (Pelancong)- RM10
- WAKTU OPERASI;
- Selasa – Ahad
- 9:00 a.m – 5:00 p.m
- ALAMAT:
- Jln Kota, Banda Hilir, 75000 Melaka
- LINK:
MUZIUM KAPAL SELAM

Muzium ini merupakan Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 yang merupakan latihan krew-krew Kelasd Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Jika anda ingin merasa sendiri bagaimana keadaan di dalam kapal selam itu, anda boleh berkunjung kesini. Anda pasti terkejut dengan keadaan sebenar di dalam tersebut kerana ruang yang sempit.
- HARGA:
- Dewasa (Warganegara)- RM10
- Kanak-Kanak (Warganegara)- RM5
- Dewasa (Pelancong)- RM20
- Kanak-Kanak (Pelancong)- RM10
- WAKTU OPERASI:
- Selasa – Ahad (tutup sementara waktu)
- 9:00 a.m – 5:30 p.m
- ALAMAT:
- Klebang, 75200, Melaka
- LINK:
MUZIUM KASTAM MELAKA

Muzium Kastam Melaka terdapat banyak benda yang boleh dipelajari di sini yang umumnya melibatkan sejarah, kejayaan operasi & hal ehwal Kastam Malaysia. Muzium ini terletak di dalam sebuah bangunan yang dahulunya merupakan sebuah gudang simpanan barangan perdagangan.
- HARGA:
- Percuma untuk semua peringkat umur.
- WAKTU OPERASI:
- Isnin-Jumaat
- 9:30 a.m – 5:30 p.m
- Sabtu – Ahad & Cuti Am
- 9:00 a.m – 6:00 p.m
- ALAMAT:
- Jln Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
MUZIUM SENI BINA MALAYSIA

Muzium Seni Bina Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2004. Ianya untuk mempamerkan keunikan & kepelbagaian warisan seni bina di Malaysia. Pameran & jalan cerita muzium diolah dan disusun mengikut segmen-segmen tertentu bagi memudahkan pemahaman pengunjung.
- HARGA:
- Warganegara – RM2
- Pelancong – RM5
- WAKTU OPERASI:
- Isnin – Ahad
- 9:00 a.m – 5:00 p.m
- ALAMAT:
- Muzium Seni Bina Malaysia, No. 1, Jln Kota, Banda Hilir, 75000 Melaka
- LINK:
MUZIUM RAKYAT

Muzium Rakyat ini dahulunya merupakan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) sebelum diambil alih oleh PERZIM. Pameran muzium meliputi aspek pentadbiran, perumahan, sosial, perindustrian, pelancongan, infrastruktur dan pertanian. Ianya untuk menunjukkan penglibatan rakyat dan kerajaan dalam memajukan Negeri Melaka.
- HARGA:
- Dewasa (Warganegara)- RM5
- Kanak-kanak (Warganegara)- RM3
- WAKTU OPERASI:
- Selasa – Ahad
- 9:00 a.m – 5:00 p.m
- ALAMAT:
- Jln Kota, Banda HIlir, 75000 Melaka.
MUZIUM HANG TUAH

Muzium Hang Tuah bertujuan untuk mengimbau dan mengenang kepahlawanan Hang Tuah, negeri Melaka. Keluasan kompleks Perkampungan hang Tuaha sebesar 40 ekar & belanja melebihi 130 juta. Dalam kawasan ini terdapat rumah-rumah Melayu Melaka & setiap rumah diberi nama sahabat seperjuangan Hang Tuah. Muzium ini juga berdekatan dengan perigi Hang Tuah yang dianggap keramat & tidak akan kering airnya walaupun Melaka dilanda Kemarau.
- HARGA:
- Dewasa (Warganegara)- RM10
- Kanak-kanak (Warganegara)- RM5
- Dewasa (Pelancong)- RM20
- Kanak-kanak (Pelancong)- RM10
- WAKTU OPERASI:
- Isnin – Ahad
- 9:00 a.m – 5:30 p.m
- ALAMAT:
- Kampung Jambatan Duyong, 75460 Melaka.
Terdapat beberapa muzium yang menarik di sekitar Melaka telah min kongsikan kepada korang semua. Nanti dah kunjungi muzium-muzium tersebut jangan lupa comment & bagitahu min menarik atau tidak dan kongsi lah pengalaman korang dekat min.